Wednesday, December 16, 2009

KBSR KEPADA KSSR


KSSR - Kurikulum Standard Sekolah Rendah ganti KBSR

Tahun 1980 KBSR digubal. 2010-KBSR akan diganti dengan KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah)bagi pelajar Tahun 1 dan KSPS ( Kurikulum Standard Pra Sekolah).




Melalui KSSR, pengajaran dan pembelajaran akan menggunakan modul yang akan menggantikan buku teks. Buat permulaan sebanyak 500 buah sekolah akan menjalani uji rintis mulai 31 MAC 2009 sehingga akhir JUN 2009. Sebanyak 50 buah sekolah akan menjalani uji rintis semua mata pelajaran manakala sekolah selebihnya akan menjalani uji rintis dalam mata pelajaran terpilih.



KSSR membahagikan mata pelajaran kepada 3 modul iaitu Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif.




Tahap 1 sekolah rendah (Tahun 1 - 2) akan tertumpu kpd penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira & menaakul) dan kemahiran ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai.


Sementara Tahap 2 sekolah rendah (Tahun 3 - 6) akan tertumpu kpd pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai.



1 comment:

yueija91 said...

helpful post . .thanx~

Post a Comment